• Unta & Abu Nuiman.
Pada suatu ketika terdapat seorang Arab Badwi datang melawat Nabi Muhammad s.a.w. Lalu untanya, di tambatkan pada sebatang tiang di luar masjid. Dalam masa yang sama, sahabat Nabi yang berada di tempat tersebut telah menyeru Abu nuiman menyembelih unta Arab Badwi tersebut.
Kata para sahabat : wahai Abu Nuiman, kamu berani kah ?
Jawab Abu Nuiman :Ya, Apa dia. Saya Berani.
Kata para sahabat : Kau pergi ambil unta tu lalu sembelih lah dia.
Jawab Abu Nuiman : kau jangan cabar aku ya!!! ( lalu pergilah dia menyembelih unta tersebut )
Lalu Abu Nuiman pun menyembelih unta tersebut.siapa kupas kulit, dan di potong kecil-kecil lagi.Tiba-tiba dia rasa pelik, seolah-olah dia sudah dipersenda orang sahabat-sahabat yang lain.Lalu Abu Nuiman pun cari satu lubang berhampiran masjid.Diambilnya, daun pelepah kurma untuk menyembunyikan dirinya.
Setelah arab Badwi habis berbicara dengan Nabi Muhammmad.Dia pun keluar, lalu terperanjat arab badwi tersebut melihat untanya telah siap disembelih.Dia pun menjerit, wahai Rasulullah “ Ada orang bunuh untaku”.
Mendengar suara Arab Badwi tersebut, Nabi pun bergegas keluar masjid.Lalu berkata,
Nabi Muhammad :Siapakah yang melakukan demikian ?
Jawab para sahabat :Kami tidak tahu Ya Rasulullah...( sambil menunjuk ketempat abu Nuiman sedang menyembunyikan dirinya ).
Lalu Nabi Muhammad pun membuka tompokan daun kurma tersebut. Melihat keadaan Abu Nuiman yang berdebu pada ketika itu, Nabi Muhammad pun berasa simpati.Lalu berkata
Nabi Muhammad : Wahai Abu Nuiman, siapakah yang menyeruh engkau berbuat demikian ?
Abu Nuiman : Ya Rasulullah, mereka suruh saya potong. Saya potong lah.Bukan salah saya. Dia orang suruh saya potong saya potong lah.bawa jak unta tu ke rumahnya masak.
Tersenyum Nabi Muhammad mendengar jawapan Abu Nuiman.
Persamaan dengan diri saya.
1. Lurus bendul, rakan-rakan selalu ambil kesempatan atas kebendulan diri saya.
2. Berlagak berani, tapi tidak berani langsung pun.
3. Penjahat, selalu kenakan orang lain.
• Saya bukan Hamba.
Pada suatu ketika. Abu Nuiman, Abu Bakar dan seorang sahabat pergi berniaga. Dalamperjalanan mereka pun berhenti seketika, untuk berehat.Abu Bakar pun pergi berjumpa satu rombongan makanan. Lalu, Abu Nuiman pun berkata.
Abu Nuiman : wahai akhi, Bagi aku makanan yang Abu Bakar Bekalkan.
Jawab sahabat : tidak boleh, nak makan kita mesti tunggu, Abu Bakar.
Abu Nuiman : Abu Bakar Lama lagi, kita makan lah dulu.
Jawab sahabt : tidak boleh, kita mesti tunggu Abu Bakar dulu baru kita boleh makan.
Abu Nuiman : Dia ni nak kena dengan saya ni.
Mendengar jawapan sahabat tersebut, Abu Nuiman menjadi marah. Lalu dia pun pergi ke pasar lalu berteriak.
Abu Nuiman : Tuan-tuan siapa yang mahu membeli kadamku, Harganya murah sahaja.
Orang Pasar : boleh juga, kebetulan saya memerlukan banyak tenaga.Mana dia ?
Abu Nuiman : Ada Di sana, tapi dia ni susah sikit. Dia ni tidak mahu mengaku menjadi kadamku.mulutnya juga suka menjawab dan melawanku.
Orang Pasar : o..itu tidak apa, nanti saya suruh orang pergi ambil dia.
Orang pun datang ketempat sahabat tersebut, lalu mengambilnya secara tiba-tiba.sahabat pun bertanya, kenapa kamu melakukan hal demikian.Jawab orang suruhan, Abu Nuiman telahpun menjual kamu.saya bukan kadam dia la ? eh..diam kamu.betullah apa kata Abu nuiman.kamu memang selalu melawan kata-katanya.
Sebentar kemudian, Abu Bakar pun datang.Lalu berkata, Mana sahabat kita ?
Abu Nuiman : Saya Sudah menjualnya.
Abu bakar : apasal ko jual.
Abu Nuiman : peloke sangat, itu pasal aku jual dia.
Akhirnya Abu Bakar pun pergi membeli semula sahabat tersebut.
Persamaan dengan diri saya.
1. Dalam banyak keadaan, tapi tidak selalu.Jika lapar saya akan makan terlebih dahulu, sedangkan masih ada lagi rakan-rakan yang belum makan.
2. Kurang menghargai rakan-rakan yang lain.
- HH-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment