Atikah Binti Yazid

Seorang wanita tabi’in, ada 12 orang mahramnya yang menjadi khalifah, meriwatkan hadis Nabi s.a.w, sangat dermawan dan penyayang kepada fakir miskin, dan berumur panjang.

Antara Khilafah dan Pada Khalifah

Beliau membesar bersama kemuliaan hidup, ketinggian ilmu, kebersiha hati, dan kehormatan kedudukan sehingga banyak yang mengatakan bahawa tidak ada seorang pun wanita khalifah yang boleh mengimbangi beliau dalam hal kedudkan yag mulia ini.

Banyak yang mengatakan bahawa beliau boleh menanggalkan jilbabnya didepan 12 orang khalifah, kerana mereka semua adalah mahram baginya.

Ayahnya: Yazid bin Mu’awuyah bin Abi Sufyan

Saudaranya: Mu’awiyah bin yazid bin Mu’awiyah

Abangnya: Mua’wiyah bin Abi Sufyan r.a

Suaminya: Abdul Malik bin Marwan

Mertuanya: Marwan bin Al-Hakam

Anaknya: Yazid bin Abdul Malik

Anak-anak suaminya: Al-Walid, Sulaiman, dan HIsyam

Cucunya: Al-Walid bin Yazid

Cucu suaminya: Yazid bin Al-Walid bin Abdul Malik

Cucu suaminya yang lain: Ibrahim bin Al-Walid

Banyak yang mengatakan bahawa wanita yang hidup di masa tabi’in ini adalah wanita yang paling kental dalam hak kekhilafahan kerana mahram beliau berjumlah 12 orang. Disamping itu beliau mempunyai keutamaan yang angat besar dalam hal ilmu, adab dan kemuliaan hati. Seakan beliau mempunyai setiap sisi kemualiaan. Beliau adalah Atikah binti Yazid bin Mu’awiyah bin Abi Sufyan Al-Umawiyah Al-Qursyiah.

Ibu beliau adalah Ummu Kalthum binti Abdullah bin ‘Amir bin Kuraiz dan suami beliau adalah Abdul Malik bin Marwan.

Satu tempat di Damakus, di Luar Baab Al-Jabiah yang bernam Atikah, adalah bersal dari nama beliau. Itu kerana beliau mempunyai sebuah istana di daerah itu. Di dalam istanna itulah, suami beliau, Abdul Malik bin Marwan meninggal dunia.

Dari pernikahannya dengan Atikah, Abdul Malik bin Marwan dikurniakan anak yang bernama Yazid, Marwan, Mu’awiyah (yang meninggal ketika masih kecil), kemudian seorang puteri yang bernama Ummu Kalthum.

Ketika Atikah marah dan redha

Atikah mendapat tempat yang sangat lapang di hati suaminya, Abdul Malik bin Marwan. Abdul malik begitu mencintai dan menghormatinya, walaupun kadangkala kisah cinta yang mnedalam ini dengan sikap kering dan kasar. Atikah sering marah kepada suaminya dan menjauhkan diri dari suaminya.

Abdul Malik berusaha seboleh mungkin mendapatkan keredhaan hati isterinya dengan pelbagai macam cara. Kadang kala beliau meminta pendapat dan bantuan orang-orang pandai dan berpengalaman.

Pernah suatu kali Atikah marah. Beberapa hati beliau tidak boleh menemui suaminya. Tentu hal ini sangat berat bagi Abdul Malik. Masalh ini beliau ceritakan kepada seseorang yang sangat dekat dengannya bernama Umar bin Bilal Al-Asadi.

Umar adalah seorang yang banyak akal. Umar pergi menemui Atikah. Dia berpura-pura menangis. Setelah mendengar tangisannya, para dayang Atikah pun keluar bertanyakan, “Ada apa? Mengapa kamu menangis?”

Umar menjawab, “Ini adalah masalh kedua anakku. Aku mempunyai dua orang anak. Hanya itu yang kupunya tidak ada yang lain. Yang seorang menbunuh saudaranya. Amirul Mukminin tahu dan mengatakan akan membunuh anak yang membunuh itu. Ku katakana kepada Amirul Mukminin bahawa aku adalah wali kepada anak yang dbunuh, dan aku sudah memaafkan anak yang membunuh. Tapi Amirul Mukminin berkeras dan mengatakan bahwa yang kulakuakan adalah kebiasaan buruk yang akan dihilangkan dari kebiasaan masyarakat. Aku berharap Allah s.w.t. akan menolong anakku itu dengan tangan puteri Atikah.”

Para dayang pun segera menemui Atikah dan menyampaikan apa yang baru sahaja mereka dengar. Mereka juga menyampaikan bagaimana lelaki itu sangat sedih dan khuatir. Atikah menjawab, “Tapi bagaimana aku boleh menolongnya?” mereka pun berkata lagi, “Kalau tuan puteri tidak boleh membantu, ya sudah anak itu akan mati.”

Para dayang pun terus merayu Atikah, hingga akhirnya beliau mengganti pakaina dan keluar pintu untuk bertemu dengan Abdul Malik suaminya.

Ketika bertemu, Atikah menyampaikan maksud kedatangannnya, Abdul malik berkata kepada Atikah, “Demi Allah, aku mohon kepadamu. Umar bin Bilal dating ke hadapan pintu, meminta pengampunan bagi anaknya.” Demikianlah Atkah terus memohon dan Abdul Malik tetap dengan pendiriannya, hingga akhirnya Atikah menunduk dan mencium kaki Abdul Malik. Abdul Malik berkata, “Baiklah kalu begitu. Aku menuruti kemahuanmu.” Tidak lama kemudian pun mereka pun kembali akur seperti sebelumnya.

Benar, setelah itu Abdul Malik menepati janjinya kepada Umar bin Bilal. Beliau memuliakan dan member penghormatan kepadanya atas jasa baik dan kecerdasannya menjadi penengah antara Abdul Malik dan isterinya.

Walaupun melihat Atikah demikian membanggakan kedudukan, keturunan dan hartanya, namun beliau tetap menjaga hubungannya dengan Allah s.w.t. Bahkan beliau meyakini dengan kuat bahawa segala sesuatu akan segera hilang dan hanya yang ada di sisi Allah s.w.t yang akan kekal.

Diantara kisah yang boleh menunjukkan hal tersebut adalah beberapa sumber yang mengatakan bahawa beliau pernah meminta izin kepada suaminya, Abdul Malik, untuk menunaikan ibadah haji. Suami beliau mengizinkan dan berkata, “Wahai Atikah, katakanlah apa yang kamu perlukan, kerana Aisyaj binti Talhah juga kan berangkat untuk menunaikan haji. Namun kalua kamu tetap tinggal di sini dan tidak berangkat, aku pun akan bahagia sekali.”

Namun Atikah tetap berkeras untuk tetap berangkat. Maka, Abdul Malikmenyiapkan bekalan yang beliau perlukan. Akhirnya berangkatlah rombongan itu.ketika sampai di suatu tempat di antara Mekah dan Madinah, tiba-tiba datanglah rombongan yang sangat besar dan mengacau-bilaukan rombongan Atikah. Orang ramai berkata, “Ini adalah rombongan Alsyah binti Talhah.”

Memang benarkelihatan Aisyah bersama seorang pelayan berada di dalamnya. Kemudian datang la gi rombongan yang sama besarnya. Atikah pun berkata “Rombongan siapa lagi ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah rombongan para tukang sisir rambut.” Tidak lama kemudian datang lagi rombongan yang lebih besar, terdiri daripada 300 kenderaan. Maka Atikah berkata, “Apa yang ada di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih kekal.”

Ahmad Khalil Juma’ah, (2009). 30 Sirah Tokoh Wanita Tabi’in (pp. 129-130, 133-135). Selangor.


-N_MS-

0 comments: