Refleksi (Atikah)

REFLEKSI 1 : USRAH (LAUT DAN NELAYAN)

Usrah atau keluarga merupakan satu ikatan yang berlangsung bersesuaian dengan polisi ummat Islam yang bersaudara. Pengenalan dengan usrah, akhirnya membawa saya kepada usrah yang lebih meneliti hidup realiti itu sendiri. Dengan komitmen dan pengorbanan naqib sendiri telah memberi kesan pada diri kami ahli dalam usrah ini. Lebih-lebih lagi apabila naqib siap bawakkan sarapan pagi lagi (kalau tiap-tiap kali usrah macam ni memang best…)Refleksi berdasarkan pengetahuan yang cetek, merupakan senaman anggota badan atau fikiran untuk ditenangkan. Rupa-rupanya dalam usrah pun ada refleksi. Pengetahuan baru, InsyaAllah.

Berdasarkan pemerhatian saya daripada slot 1, tadabbur alam analogi kepada nelayan dan laut memberi telah menyedarkan saya bahawa rezeki saya pada masa hadapan bukan sahaja untuk diri sendiri. Tentunya akan ada yang bergantung harap atau mungkin sahaja kita yang bakal bergantung harap atas rezeki orang lain. Rezeki itu hanya Allah yang lebih mengetahui apa, dimana, bagaimana ianya bakal diperolehi pada hadapa sebagaimana nelayan yang berusaha meraih hasil tangkapannya daripada laut dan hasilnya juga ditunggu-tunggu pihak peraih di pesisir pantai yang menunggu hasil daripda nelayan. Justeru, rezeki itu bukan milik hak mutlak kita sendiri. Seterusnya, untuk slot ke-2, SWOT sahabat, sedikit tidak memberi kesan yang mana naqib sendiri pun tidak berpuas hati dengan kelancaran slot tersebut.

Kesimpulan mudah untuk refleksi 1 ini, siapa kita pada masa hadapan, ditentukan kita sendiri dengan izin Allah. Perkenalan dalam usrah dengan naqib baru juga telah mengubah sedikit sebanyak persepsi negatif mengenai penyampaian ustaz dalam usrah.nAllah tentunya telah takdirkan yang terbaik untuk ustaz menjadi naqib kami selapas ini dan seterusnya, InsyaAllah. Wallahua’lam…


REFLEKSI 2 : USRAH (TAMAN DAMAI)


Dalam slot yang ke-3, perkara yang memberi kesan kepada diri saya ialah pengertian masa pada diri yang mengaku dirinya aktivis Islam. Tentunya “title Islam” yang dibawa diri akan memberi kesannya bukan hanya pada diri sendiri, tetapi nama Islam yang dibawa telah dicalarkan individu itu sendiri. Setiap individu ada komitmen masing-masing yang hanya difahami individu itu sendiri, tetapi yang nyata ianya menjadi kebiasaan untuk dijadikan alasan semata-mata. Terutama sekali pada diri sendiri (MasyaAllah…)

Perkongsian ilmu baru daripada tokoh-tokoh Islam yang dicari setiap sahabat telah memaksa saya mencari juga tokoh yang sebelum ini tidak pernah dikenali. Jujurnya mungkin tidak akan pernah cuba untuk mengenali tokoh-tokoh ini dengan lebih dekat sekiranya tiadanya tugasan ini. Hakikatnya, nilaian persamaan sifat tokoh dengan saya sendiri diakui jauh sekali berbeza.Jika oleh diandaikan ianya mungkin sejauh planet Pluto dan Matahari.

Akhirnya, banyak lagi simpulan yang belum terurai lagi. Perlu lagi bayak komitmen dan pengorban ahli usrah untuk capai matlamat yang diingini naqib sendiri. Perkara yang mudah untuk dilafazkan tetapi perkara yang sukar dilaksanakan dan ianya bukan suatu yang mustahil jika ianya jelas tercapai. Usrah atau keluarga telah mengikat saya untuk sampai ke usrah ini yang mengajar ahlinya untuk melihat realiti masa hadapan. Sedikit sebanyak pandangan yang dikongsikan dan disampaikan naqib telah membuka mata ahli usrah khususnya untuk belajar melihat realiti. Wallahua’alam…


0 comments: