1. Dalam menghadiri sesuatu usrah, ahli usrah terikat dengan adab-adab ketika berusrah dan salah satunya adalah menepati masa. Dengan menghadiri usrah seseorang dapat membina disiplin diri yang tinggi yang sememangganya diperlukan dalam diri setiap pemimpin.
2. Antara agenda di dalam usrah yang digariskan oleh imam as-syahid Hassan Al-Banna adalah bermuzakarah iaitu bertukar -tukar fikiran mengenai urusan Islam. Dengan adanya aktiviti ini,ahli usrah terdedah dengan isu-isu dan perkembangan semasa dalam dan juga luar Negara. Ini dapat melahirkan ahli usrah yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dari segenap aspek dan sebuah pemerintahan berasaskan ilmu (knowledge based). Dalam kaitan inilah relevannya tema al-qiyadah al-rabbaniyyah atau kepimpinan rabbani.,
3. Selain itu, muzakarah dapat membentuk ahli usrah yang bisa menyampaikan sesuatu dengan berkesan . penggunaan bahasa dan alat-alat komunikasi lainnya yang digunakan untuk berdialog ketika berusrah dapat digunakan juga untuk berhadapan dengan rakyat dari pelbagai sektor dan golongan. Dukungan rakyat diraih menerusi sikap prihatin dan komunikatif, bukan diperoleh secara licik dengan tipu daya memperbodoh dan mengabui mata.
4. Naqib ialah individu yang berperanan mengendali segala aktiviti ahli Usrah (mad'u) di bawahnya agar dapat melahirkan insan yang berkualiti dalam segala aspek kehidupan. daripada usrah itulah dapat melahirkan figure-figure mahupun golongan pelapis yang mempunyai daya pengorbanan dan sumbangan yang tinggi untuk Islam. Naqib dan juga ahli usrah dapat pertingkatkan soft skill masing-masing melalui cara pembawakan usrah, thaqafah dan ilmu, dimana naqib menghadapi ahli usrah dan ahli usrah yang ingin menggilap potensi diri masing-masing.
0 comments:
Post a Comment