Refleksi (Al-Khansa)

REFLEKSI 1

Usrah dipanggil sebuah keluarga yang menjadi teras keberlangsungan tautan sesebuah persaudaraan yang terjalin dan memanggil saya untuk bersama di medannya. Pengenalan usrah kearah pendekatan yang dibawa oleh naqib kami adalah usrah yang saya cari selama berada dalam medan tarbiyyah. Datangnya saya pada pagi tersebut bersama sahabat menunggu kedatangan naqib(sambil membawa bungkusan nasi) sambil menerung kearah lautan, saya terasa keldil diriku disisi Allah s.w.t yang Maha Pencipta. Selama ini kita hanya memandang teori tanpa menyelami arah relaiti. Dengan mengikuti slot pertama “tadabbur meneroka ciptaan Allah” naqib membiarkan kami untuk meneroka apa yang berada di hadapan ketika itu. Dalam menerokah alam melihat laut dan nelayan.(ustaz bertanyakan kami mungkin antum akan berada ditempat nelayan pada masa akan datang).Datang dari lubuk pemikiran sebagai aktivis islam iaitu berkaiatn dengan “rezeki dan tawakkal”. Seperti mana analogi nelayan yang hanya bergantungkan tawakkal kepada Allah untuk mendapatkan hasil tangkapan untuk teruskan kehidupan dan pada masa yang sama ada yang masih bergantung kepada meraka iaitu peraih-peraih yang menunggu untuk mendapatkan hasil dari nelayan.


Dimana nelayan akan bertembung dengan sebarang kemungkinan yang berlaku yang berada di tengah lautan tanpa sesiapa berada disisi termasuk keluarga. Begitu juga dalam analogi kita sebagai ahli gerakan dimana dalam sebuah gerakan kita berada di perbagai posisi alam pekerjaan yang berbeza tetapi pada masa yang sama ada diantaranya yang bergerak sepenuh masa dalam gerakan islam.Tetapi bagaimana untuk kita membantu antara satu sama lain terutama yang bergantung .Mereka akan bergantung kepada ahli yang mempunyai perkerjaan yang tetap untuk membantu mereka meneruskan kehidupan seperti yang lain kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap. Daripada kesimpulan dari refleksi pertama, Dimana kita dicampakkan rezeki Allah yang penggang dan tidak tahu ia berada di mana dan kedua; kita tidak akan dapat lari berhadapan dengan pelbagai kemungkinan dan bagaimana untuk kita membawa dan menyampaikan islam dengan apa yang ada dengan kita pada waktu itu iaitu”tawakkal”.


Slot kedua iaitu SWOT sahabat. Pada slot ini ada rasa terkilan dan kecewa sedikit dari naqib sendiri kerana tidak dapat apa yang dimahukan. Mungkin SWOT itu ada yang tidak begitu telus untuk mengenali sahabat. Dari slot ini saya mendapat satu perkara iaitu berkaitan dengan persepsi kita kepada sahabat. Persepsi yang sinis atau pandangan yang berbeza kepada kita bukan ukuran untuk kita mengundur dan melemahkan tetapi saya bersyukur dengan meraihkan pandangan sahabat dan jadikan ia sebagai satu langkah perubahan kepada kita terus kehadapan.

-Al-khansa Amru -

0 comments: