Refleksi 1 : Tepi Pantai nan Indah
Permulaan pagi di tepi pantai satu suasana yang jarang-jarang dapat dinikmati di tempat lain. Malah selama tinggal di pulau ini pun,agak sukar mencuri masa untuk ke pantai diawal pagi. Urah sesi ke 2 ini, tempat pertemuannya, di pantai. Memerhatikan nelayan yang bertaruh nyawa untuk mendapatkan rezeki, melihat peraih menunggu di tepian semuanya menjadi analogi medan perjuangan selepas ini. Mendengar desiran ombak yang tidak henti-henti memukul pantai, menikmati keindahan ciptaanNya, awan, pokok, pulau, batu dan segenap pemandangan yang ada, menyedarkan manusia bahawa alam ini sebaik-baik bukti kekuasaan PENCIPTA alam, segalanya dicipta saling melengkapi.
Pernyataan yang menyentakkan “kamu sama seperti nelayan tersebut dalam masa 6 bulan yang mendatang”. Sepantas itu bait-bait lirik lagu Saff-one yang bertajuk Perjuangan menerjah ruang fikiran. Medan perjuangan diluar sana hakikatnya penuh dengan gelombang. Tidak berhenti dan seringkali kita perlu berdikari meredah ombak agar tidak terjatuh di lautan dalam. Fungsi sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa ada hubungan penting untuk saluran talian hayat dikala hampir lemas dek badai yang melanda. Kerjaya, rumah tangga dan perjuangan yang mendatang sudah pasti mempunyai asam garam sendiri yang mahu atau tidak persediaan rapi perlu disediakan bermula detik-detik ini di tahun akhir pengajian.
Sesi SWOT partner masing-masing, bukan satu sesi yang asing bagi kami terutamanya dikalangan muslimat. Cuma sahaja mungkin selama ini hanya dikalangan kami, maka sesi itu jadi benar-benar telus. Kehadiran naqib menampakkan sedikit gap yang akhirnya kelihatan sesi ini tidak mencapai objektifnya. Hanya, saya secara pribadi dapat menyimpulkan bahawasanya kita diciptakan didunia lengkap dengan kelebihan dan kekurangan. Penuh dengan ujian dan kurniaan. Tinggal sahaja kita sebagai hamba yang diciptakan dengan segenap kekuatan akal yang ada, seharusnya dapat memperbaiki segala kelemahan, memaksimakan kelebihan yang ada, menggunakan sebaiknya segala peluang dan mengubah segala ancaman kepada cabaran yang menjadi pemangkin kemajuan dimasa akan datang. Tuntasnya, bagi saya segala teguran tentang sifat pribadi sering diulang-ulang, menjadi tanggungjawab empunya diri untuk berusaha sehabis baik menterjemahkan kesedaran yang dipaparkan kemedan praktikal dialam realiti.
Refleksi 2 : Sedamai Taman Damai
“Jam berapa sekarang?” pertanyaan itu membuka sesi usrah ketiga di Taman Damai. Sekian kalinya teguran tentang masa. Memang satu masalah besar dikalangan kita bila melibatkan masa. Seringkali tidak tepat. Walhal Allah tegaskan dalam al-Quran tentang masa. Bila naqib menegur tentang masa, teringat waktu permulaan merasakan tarbiyah dulu semasa zaman sekolah. Saya juga bermula ditarbiyah oleh seorang naqib. Bukan Naqibah. Masa tu penekanan masa amat ketat, dan pada saat itu, kami semua mam[pu mematuhi setiap ketetapan. Lewat seminit umpama kesalahan besar dan wajib dijawab dengan hujah yang konkrit. Cuma secara muhasabah saya bertnya-tanya sendiri, kenapa kini terlalu sukar untuk menepati masa?
Sesi usrah juga membincangkan tentang tokoh-tokoh pilihan dikalangan ahli-ahli usrah, perkongsian ini lah input didalam usrah. Sekiranya tidak mendapat task yang sedemikian, agak payah untuk menyelak lembaran-lembaran sejarah perjuangan para tabiin yang sepatutnya menjadi motivasi dalam kalangan kami. Sesi kali ini yang menjelaskan beberapa ibrah disebalik modul-modul yang dibuat, antaranya, modul kerang; kita semua berbeza-beza, tapi dalam perbezaan kita, sudah pasti kita ada ciri tersendiri yang boleh menjadi aset untuk kita sumbangkan kepada Islam.
Penetapan Usrah seterusnya, dan pengakhiran usrah pada pagi itu sebenarnya secara pribadi saya mempunyai persoalan yang timbul dan saya ajukan kepada sahabat-sahabat di dalam perjalanan balik. Mungkin kerana sejarah saya bermula dididik oleh seorang naqib, dan kini di tahun akhir pengajian juga masih lagi seorang naqib yang memimpin usrah saya. Saya tertunggu-tungg tenaga muslimat untuk menjadi naqibah yang sedia untuk mendidik generasi muslimat akan datang. “Kenapa tiada muslimat yang boleh jadi naqibah kita ya?” soalan itu saya jawab sendiri “kita semua kena latih diri, asah potensi untuk jadi naqibah satu hari nanti”. Bukan bermakna saya tidak senang dipimpin oleh seorang naqib, Cuma berkira-kira, halatuju muslimat sebenarnya kemana? Wallahualam.
-M_B-

0 comments:
Post a Comment