Mu’adzah Binti Abdullah

Beliau adalah seorang ahli ibadah, zuhud, ahli fiqah,mempunya kata-kata bijak yang terkenal,penyabar dan banyak bersyukur pada Allah s.w.t.
Pada tahun 62 Hijrah,suami dan anak Mu’adzah meninggal dunia, syahid di negeri Sijistan, ketika berperang melawan Turki. Ketika berita itu sampai, beliau tidak menampar pipinya dan tidak jugak mengoyak bajunya. Namun yang dilakukannya adalah bersabar dan mengembalikan kepemilikan semuanya kepada pemilik yang sebenarnya iaitu Allah s.w.t.
Waktu itu, para wanita dating kerumahnya untuk takziyah. Namun yang beliau katakana kepada mereka adalah, “selamat datang,jika kamu datang untuk mengucapkan kata selamat. Tetapi pulanglah kamu, kalau kamu datang untuk keperluan selain daripada itu”.
Semua wanita pun kehairanan dengan kesabaran hati Mu’adzah. Mereka pun keluar sambil bercakap cakap mengenai kesabaran yang telah Allah s.w.t. berikan kepada beliau. Hal tersebut menambah tinggi kedudukan dan kemulian Mu’adzah di mata mereka. Memang sungguh mulia Mu’adzah dan sikapnya itu.
Ummul Aswad binti Zaid Al-Adawiyah, yang juga pernah disusuinya mengatakan ,”setelah suami dan anaknya terbunuh, Mu’adzah berkata kepadaku,’Wahai puteriku, demi Allah ,aku ingin hidup di dunia ini bukan kerana senang dengan kelazatan dunia, bukan pula kerana ingin menghirup udara segar. Tapi demi Allah, aku senang hidup di dunia ini hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan berbagai sarana. Semoga dengan kedekatan itu, Allah s.w.t. mengumpulkan kembali aku, suami dan anakku di syurga-Nya.’
Benar, Mu’adzah benar-benar melaksanakan apa yang dikatakannya. Setiap malam, beliau pasti berdoa kepada Allah s.w.t. dalam keadaan takut dan penuh harap. Beliau berharap bertemu dengan-nya dan mendapat rahmat-Nya. Bahkan sejak ditinggal mati suami dan anaknya, beliau tidak pernah tidur di atas tilam hingga beliau meninggal dunia. Beliau khuatir, lembutnya tilam akan melalaikannya dari janji yang telah diucapkannya.

-NA_S-

0 comments: