Aminah binti Al-Husain bin Ali bin Abi Talib membesar dalam lingkungan keluarga Nabi S.A.W. ketika masih kecil, beliau dilihat mempunyai paras yang manis dan pandangan yang cerdas. Dari situlah, ibunya menggelarnya ‘Sukainah’. Kemudian gelaran ini ternyata lebih terkenal dari nama asalnya, hingga Aminah tidak lagi dapat dikenali kecuali dengan gelaran tersebut.
Sukainah dikenali sebagai wanita yang mempunyai jiwa yang sangat indah dan hati yang sangat lembut. Beliau menyukai anekdot dan perkara-perkara yang lucu. Kalau berbicara, beliau juga sering bercanda sehingga boleh menghadirkan suasana akrab dan ceria.
Sekali, ada orang yang berkata kepadanya, “Wahai Sukainah, saudara perempuanmu senang beribadah, tetapi kamu sebaliknya, senang bercanda.” Beliau hanya menjawab ringan, “kamu menyamakannya dengan neneknya yang muslimah dan menyamakanku dengan nenekku yang tidak sempat bertemu dengan islam.”
Saudara perempuan belaiau adalah Fatimah binti Al-Husaian bin Ali r.a dan neneknya adalah Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah s.a.w dan isteri Ali bin Abi Talib. Kemudian tntang nenek Sukainah yang tidak sempat bertemu Islam, bahawa nama Sukainah yang sebenarnya adalah Aminah, sehingga beliau di sini menyamakan keadaanya dengan neneknya, Aminah binti Wahb, ibunda Rasulullah s.a.w.
Ada juga kisah menarik bahawa suatu hari beliau disengat lebah. Ibunya bertanya, “kenapa kamu?” beliau menjawab dengan bahasa yang sangat indah, “ada seeekor lebah kecilmelewatiku. Dia menyengatku dengan tusukan jarumnya. Aku pun merasai sekali sakitnya.”
Selain periang dan ceria, beliau juga terkenal sangat pemurah dan menganggap harta tidak ada nilainya. Beliau selalu memberi sesiapa sahaja yang datang kepadanya. Sekali beliau dilihat sedang melempar jumrah ketika melaksanakan ibadah haji. Setelah enam kerikil beliau dilemparkan, kerikil yang ketujuh terjatuh . beliau melepaskan cincin mahal yang ada dijarinya dan beliau lempar sebagai ganti kerikil.
Beliau dilihat sangat membanggakan nasab beliau yang tinggi. Dengan kemampuan bahasa, beliau dapat menyampaikan untuk tujuan tersebut. Contohnya ketika peristiwa Sukainah berada di acara takziyah. Tiba-tiba ada seorang puteri Uthman bin Affan yang berdiri dan berkata, “aku adalah puteri Uthman bin Affan yang mati syahid.”
Mendengar hal itu, Sukainah hanya diam dan tidak memberikan komen apa-apa. Tidak lama kemudian, beliau memanggil salah seorang muazin untuk mengumandangkan azan dari Masjid Nabawi. Ketika muazin mengumandangkan azan dan sampai kepada “Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.” Sukainah melihat kepada puteri Uthman bin Affan, dan berkata kepadanya, “yang disebutkan tadi ayahku atau ayahmu?” Puteri Uthman pun menjawab, “mulai sekarang, aku tidak akan membanggakan nasab lagi.”
Dari berbagai sumber, dapat diketahui bahawa berbangga diri merupakan salah satu sifat akhlak Sukainah. Beliau tidak boleh melepaskan diri dari sifat ini walaupun hanya sebentar. Bila ada seseorang yang membanggakan nasabnya, beliau selalu menyebutkan bahawa beliau adalah keturunan Rasulullah s.a.w. Dengan begitu, beliau sudah dapat mengalahkannya dengan hujah yang sangat kuat, tanpa harus menghina keturunan orang lain.
Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, beliau melaksanakan ibadah haji bersama isteri Mush’ab, iaitu Aisyah binti Talhah. Pada waktu itu, Aisyah membawa enam puluh ekor kuda yang dibebani dengan tempat duduk dan barang-barang bawaan. Orang menjadi juru bicara Aisyah meneriakkan syair, “wahai Aisyah, yang menaiki enam puluh ekor kuda, apakah setiap tahun kamu menunaikan haji dengan kebesaran seperti ini?”
Mendengar syair itu, Sukainah memerintahkan juru bicaranyauintuk meneriakkan syair, “wahai, Aisyah, inilah Sukainah yang sangat sedih dengan perbuatanmu. Padahal tanpa jasa datuknya (Rasulullah s.a.w), tentu ayahmu tidak akan mendapat petunjuk.”
Saat itulah Aisyah meminta juru bicaranya untuk berhenti dan tidak berbicara lagi. Aisyah pun brhenti, sebagai rasa hormat kepada Rasulullah s.a.w dan sebagai pengakuan di atas kebenaran dan kejujuran.
-H_R-

0 comments:
Post a Comment