Matlamat Umum Bagi Sistem Usrah
1. Membentuk individu muslim yang sempurna yang boleh menyahut tuntutan dunia dan akhirat.
- Dengan adanya usrah, individu pada masa yang sama dapat seimbangkan tuntutan dunia dan juga akhirat, bukan kepada dunia semata-mata.
2. Mengukuhkan hubungan antara individu muslim.
- Dengan usrah juga dapat lagi ikatan persaudaraan dan hubungan antara individu lebih terikat.
3. Berkongsi sama dalam memacukan kekuatan yang ada dalam individu muslim ke arah kebaikan, menggunakannya untuk agama dan merealisasikan matlamatnya.
4. Menentang dan menyanggah anasir-anasir nagetif dalam diri individu muslim.
- Ini kerana dengan adanya usrah dia mana pengisian rohani akan terisi dengan itu dapat mengelah anasir- anasir negatif dalam diri individu muslimin iru sendiri.
Matlamat Khusus Bagi Sistem Usrah
1. Memberi kefahaman yang benar dan jelas kepada anggota dan membentuk peribadi individi selaku ahli jemaah dari sudut aqidah, ibadah, mental, akhlak dan pengurusan
2. Meningkatkan penghayatan ‘amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan ajaran Islam secara fardiyy atau jamaie.
3. Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jamaah.
- usrah adalah medan utuk berkongsi dan juga pada masa yang sama ukhuwah antara ahli semakin erat.kerana ditanam dalam diri setiap ahli bahawa ahli usrah merupakan sebuah keluarga untuk berkongsi apa sahaja perkara. Denga ada iktan ukhuwwah maka secara tidak langsung untuk bergerk kerja bersama berjalan.
4. Melatih hati terbuka, mendengar pandangan orang lain dalam usrah.
- Apa yang kita ketahui bahawa setipa individu mempunyai pandangan masing yang mana ada yang berbeza tapi didalam usrah adalah tempat untuk kita fahami bahawa bukan pandangan yang kita utamakan tepi bagaimana untuk kita mencari satu titik persamaan untuk bergerak. Sifat terbuka dan berlapang dada dengan menerima pandangan dan kritikan adalah perlu.
5. mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan aktivis-aktivis yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlak
0 comments:
Post a Comment