Naqib meminta kami memerhati dengan penuh penghayatan dengan melemparkan pandangan nun jauh ketengah laut. Beliau bertanya kepada setiap dari kami tentang 2 benda yang kami dapat lihat dihadapan kami. “Hmm… ni ke sebabnya kami dibawa berusrah di tepi pantai..?” hatiku berbicara… ada yang memberi jawapan mereka dapat lihat ombak dan nelayan… ada yang melihat nelayan dan perahu… ada yang melihat burung-burung dan peraih… dan aku? Aku melihat Pulau Kecil dan awan… Kenapa itu yang menjadi pilihan? Kerana, padaku, ingin sekali aku menggapai awan, dan bertanya kepada awan…
“Wahai awan makhluk ciptaan Allah yang bisa terawang-awang dilangit bumi… yang menjadi pemerhati segala kejadian dan perilaku manusia yang tidak pernah rasa bersyukur… Ajarkan padaku erti syukur dengan nikmatNya.. Ajarkan pada manusia yang selalu sombong dengan TuhanNya… Kerana engkau lebih gah diatas sana… tetap sentiasa bersyukur dengan pemberianNya… dan tidak pernah sombong dan angkuh dalam memilih jalan untuk dekat dengan Rabbuna fil ‘alamin…”
Pulau kecil yang bersendiri ditengah lautan, ingin sekali aku bertanya padanya, “Kenapakah kau memilih untuk mengasingkan diri? Apakah engkau tidak sanggup melihat kemungkaran manusia terhadap Tuhannya? Adakah engkau sedih akan perilaku hamba yang digelar manusia yang berkali-kali ingkar kepada perintahNya? Betulkah engkau tidak sanggup berada dekat dengan dataran ini yang penuh dengan maksiat dan arak yang semakin hari semakin banyak dan berleluasa? Adakah kerana engkau tidak mampu untuk mengubahnya, lalu engkau bersendiri dengan ber’uzlah daripada kaum yang sentiasa bermaksiat bukan dengan Rabbuna fil ‘alamin…?”
Hmm..berat sekali hati dan fikiran ini berteka-teki tanpa mengetahui apakah yang sedang awan dan pulau kecil itu fikirkan dan lakukan… Malunya aku sebagai manusia… kerana manusia itu angkuh, lalu menerima tawaran Yang Esa untuk menjadi Khalifah dimuka bumi, biarpun gunung yang terpasak megah itu menolakNya… Walaupun demikian, Alhamdulillah jika manusia bisa mentadbir bumi dengan membawa semuanya kembali kepadaNya… tapi sebaliknya tidak..! aku malu dengan awan dan pulau kecil itu… kerana aku manusia, malah seorang muslimah yang bakal melahirkan manusia… apakah akan aku bisa melahirkan dan mendidik insan yang bakal membawa manusia mendekatkan diri pada Rabbul Jalil…? Atau aku yang menjadi penyebab lahirnya generasi manusia yang angkuh dan sombong terhadap Rabbuna wa Rabbu abaa ikum…? Hmm… betul-betul aku malu dengan awan dan pulau kecil itu…
Memerhati dan berbicara dengan alam lebih menenangkan… walaupun mereka tidak bisa berbicara… kerana mereka tidak pernah, dan tidak akan menyakitiku… mereka tetap sudi menjadi temanku… tetap sudi mendengar luahan dari hatiku… tetapi kalau manusia, biarpun mereka satu spesis denganku… sentiasa menyakitiku… zahir dan batin… hmm.. mungkin sebab tu la kot kalo raya, mesti orang mintak maaf zahir dan batin…
Pengajaran yang dapat kita peroleh dari sesi ini, adalah penghayatan dalam mendekatkan diri bagi mencontohi ‘Ulul Albab’… hmm… belum layak lagi ana digelar itu… sangat jauh!
3 comments:
sape punya refleksi ni?
refleksi oleh, dzatun nithaqain... knape?
knape ustz? ok ka jgk? maaf sgt2 lewt hntr...
Post a Comment